INFO TERKINI
Pengerusi PEMBINA cawangan Kelantan yang baru adalah USTAZ NURFAIZUL B. NUZAM
Renungan
56. Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (s.7)
calendar
January 2012
S M T W T F S
« Mar    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Web PEMBINA Kelantan

Assalamualaikum w.b.t, kepada semua pengunjung setia kami… kami sudah berpindah ke blog yang baharu seperti berikut http://pembinakelantan.blogspot.com/ Segala kesulitan amat dikesalkan. Semoga anda semua mendapat rahmat kasih sayang Allah yang berpanjangan.

Media PEMBINA Kelantan

Pertandingan Bowling Beliawanis

11 Mac 2011 – Satu pertandingan bowling anjuran beliawanis PEMBINA Kelantan telah diadakan di Billion, Kota Bharu. Perlawanan inidisertai oleh 30 orang peserta terdiri daripada peserta Institut Perguruan Sultan Mizan Besut (IPSM) dan Politeknik Kota Bharu.

Perlawanan ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Setelah selesai perlawanan tersebut satu pengisian telah diberikan oleh Ukhti Nor Shahida Bt. Abdul Ghani selama setengah jam yang membawa tajuk “Belia Generasi Penggerak!”.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai sahabat-sahabat Nabi S.A.W. yang telah memeluk Islam dalam usia belia, diantaranya Zubair Bin Al A’wam r.a., Talhah bin Ubaidillah r.a., Saad bin Abi Waqas r.a., dan Al Arqam bin Abi Arqam al Makhzumi r.a.

Pengorbanan dan sumbangan yang diperjuangkan oleh sahabat-sahabat Nabi dalam usia belia mereka telah memberi semangat yang membara kepada beliawanis untuk terus mempertingkatkan keyakinan mereka untuk terus berjuang di jalan Allah S.W.T.

Pada jam 12.30 tengah hari, penyampaian hadiah telah diberikan kepada setiap kumpulan yang telah memenagi tempat pertama, kedua, ketiga dan juga saguhati. Hadiah ini telah disampaikan oleh Ketua Beliawanis PEMBINA iaitu Ukhti Sala Nur Hazura Bt. Zakaria.

Semoga program seperti ini dapat menguhkan lagi ikatan ukhuwwah fillah sesama peserta dan meningkatkan amal taat serta ketaqwaan diri kepda Allah.

Aisyah

Wartawan Media PEMBINA Kelantan

Shoutul Nisa’ Camp

Besut 3 – 5 Mac, Segala puji bagi Allah, “Shoutul Nisa’ Camp” telah berjaya diadakan di Homestay Sri Amir, Besut yang disertai seramai 41 orang ahli terdiri daripada wakil Politeknik Kota Bharu (PKB),  Universiti Malaysia Kelantan(UMK) dan juga Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut (IPSM).

Program ini bertujuan melahirkan wanita yang berperibadi unggul dan melahirkan sifat yang sesuai dengan sifat yang ada pada seorang wanita. Program yang dianjurkan ini terdiri daripada aktiviti jahitan manik, fiqh wanita dan cara-cara penjagaan kesihatan wanita.

Melalui program yang dijalankan ini, ia dapat memberi lebih banyak ilmu pengetahuan dan membuang rasa ragu yang ada pada diri, kurang pasti dan juga tidak tahu apa yang perlu ada pada diri seorang wanita. Contohnya dari segi penjagaan kesihatan wanita kususnya.

Selain itu, aktiviti seni mempertahankan diri juga diterapkan dalam program ini. Melalui aktiviti seni pertahankan diri ini, peserta dapat mempelajari dan mempraktikkan seni pertahankan diri ini dalam kehidupan bagi pencegahan daripada berlaku perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

Program ini juga dapat merapatkan lagi ukhuwwah fillah antara sesama peserta yang sudah sedia terjalin sebelum ini dan juga mengukuhkan ikatan buat ahli yang baru pertama kali bersua.

Sehubungan dengan itu, program ini telah disambut baik oleh semua peserta dan berjalan dengan lancar dan jayanya juga memberi impak yang amat besar dalam diri para peserta.

Disediakan oleh,

Aisyah

Wartawan Media PEMBINA Kelantan